Khamis, 27 April 2017

BAHAN-BAHAN BERKAITAN KITAR SEMULA

KITAR SEMULA

DEFINISI

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. 

BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

IDEA KREATIF BARANG TERBUANG

Kreativiti kitar semula kali ini memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang di kitar semula menjadi satu barangan lain yang berbeza rupa dan fungsi. ianya dapat membantu pengurangan bahan buangan dan mengurangkan pembaziran penggunaan sumber semulajadi.

Idea kreatif yang boleh anda cuba sebagai sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda atau pun memberi ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna.





Melalui idea kreatif ini, barang terbuang seperti botol-botol plastik boleh diguna semula untuk dijadikan sebagai pasu untuk tanaman herba anda atau boleh juga dijadikan bekas serbaguna. Bentuk botol-botol ini yang mempunyai pemegang menjadikan ianya mudah untuk digantung. Idea kitar semula yang sungguh menarik dan mudah untuk anda lakukan. 








Cawan kertas ini banyak terbuang atau berlebihan. Jangan dibuang kerana anda boleh gunakan ia untuk di jadikan bekas biskut yang sangat menarik ssebagai ole-ole untuk rakan-rakan atau tetamu atau kanak-kanak. Mereka pasti menyukainya dan yang pasti anda juga tidak perlu membazir wang untuk membeli bekas baru bagi bungkusan-bungkusan tersebut.


DIYproject_resize


Bekas alat tulis daripada bahan terbuang.


CARA-CARA KITAR SEMULA BAHAN TIDAK TERPAKAI




Isnin, 24 April 2017

"BERITA KITAR SEMULA"

Image result for BERITA KITAR SEMULA

Pada 1 April 2012 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSPPA) Kangar Perlis telah mempergiatkan program bank kitar semula kepada semua masyarakat. program yang telah dijalankan sebigini sedikit sebanyak memberi kebaikan diantaranya dapat mengurangkan sisa pepejal, menjimatkan sumber tenaga, mengurangkan karbon dioksida serta pemanasan global yang melanda dunia kini. 

Daripada program sebigini dapat menjadi satu perantis dalam memupuk dan memberi pengetahuan mengenai program kitar semula kepada masyarakat. Secara tidak langsung program yang dijalankan dapat memberi pendedahan awal kepada orang ramai mengenai kitar semula. melalui program sebigini, sampah yang dikitar semula boleh dikumpulkan dan digunakan semula dan boleh dijual. Sempena program tersebut PSSPA Perlis dengan kerjasama UPEN telah berjaya mengumpulkan RM 2,873.42. Hal ini dapat menunjukkan yang program kitar semula bukan hanya sia-sia namun mempunyai banyak faedah dan manfaat. Oleh itu, sebagai masyarakat  yang memiliki kesedaran terhadap alam sekitar bersama-sama berganding bahu dalam melaksanakan kitar semula dan diharapkan program sebegini dapat dijalankan sentiasa untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat demi masa depan generasi yangs seterusnya.


"AKTIVITI KITAR SEMULA"
guna semula

penggunaan semula produk boleh didefinisikan sebagai menggunakan bahan terpakai dengan mengekalkan bentuk asalnya ataupun dengan mengubah bentuknya. bekas-bekas tersebut digunakan sebagai penggantian kepada pembelian produk baru secara tidak langsung aktiviti guna semula dapat menjimatkan kos pembelian 

dengan menggunakan semula bahan terpakai, kita semua dapat mengurangkan penggunaan bahan asli. Contohnya, penebangan pokok untuk penghasilan kertas. selain itu, dapat mengurangkan pengekstrakan, pemprosesan dan pengankutan. apa yang penting ialah guna semula dapat mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida kepada atmosfera. 

Cara kitar semula :

1. PEMUNGUTAN SAMPAH

😊 Memungut sampah dengan mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula. Sampah yang boleh dikitar semula bolehlah dibuang dalam tong sampah berwarna yang disediakan coklat, jingga dan biru dengan betul.


Related image


2. GUNAKAN BAHAN-BAHAN LAMA

😊  Daripada membuang bahan-bahan yang lama dan tidak digunakan lebih baik digunakan semula yang mana yang boleh digunakan . sebagai contoh, botol air mineral boleh digunakan untuk menyimpan air masak ataupun boleh digunakan sebagai pasu bunga. kelebihannya dapat menjimatkan kos.
Image result for bahan kitar semula



3. MEMBELI BAHAN YANG MESRA PENGGUNA

😊 Membeli bahan yang mesra pengguna ketika membeli belah. elakkan daripada membeli barang dengan pembungkus yang tidak mesra pengguna.

Image result for pembungkus mesra pengguna

CONTOH DIY KITAR SEMULA



Sabtu, 15 April 2017

KITAR SEMULA

   
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA 👀


KERTAS


Semua jenis kertas yang tidak digunakan lagi seperti surat khabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalender, kad, sampul surat, dan kotak

KACA


 Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin, dan bekas kosmetik

LOGAM DAN PLASTIK


Semua jenis barang aluminium dan plastik yang tidak digunakan lagi seperti tin-tin minuman dan makanan, beg plastik, botol air plastik, botol air mineral.

👉 Kitar semula berkait rapat dengan 3 perkataan iaitu REUSE, REDUCE, RECYCLE yang bermaaksud menggunakan semula, mengurangkan penggunaan dan megitar semula.

👉 Gambar menunjukkan tong sampah berwarna unik yang disediakan untuk pengurusan sampah lebih baik. Tong sampah  berwarna biru khas untuk sampah jenis kertas manakala tong sampah berwarna coklat untuk sampah jenis kaca dan tong sampah berwarna jingga untuk sampah jenis logam dan plastik.


LAPORAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA

LAPORAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA


1. NAMA PERMAINAN 
    KITAR SEMULA KERTAS

2. PERINGKAT UMUR/JANTINA
    LELAKI DAN PEREMPUAN
    15-17 TAHUN

3. TARIKH PERTANDINGAN
    23 APRIL 2017

4. MASA PERTANDINGAN
    08;00 PAGI-03;00 PETANG

5. TEMPAT PERTANDINGAN
    SMK JALAN APAS TAWAU

6. ANALISIS PENYERTAAN 
    BIL           KATEGORI
      1              15 TAHUN
      2              16 TAHUN
      3              17 TAHUN

7. TARIKH MESYUARAT/TAKLIMAT
    TARIKH: 15 MAC 2017
     TEMPAT: BILIK MESYUARAT SMK JALAN APAS

8. JAWATANKUASA PENGELOLA
Guru-guru Smk Jalan Apas akan mengelola pertandingan Kitar Semula Kertas peringkat Sekolah pada tahun 2017.

9. MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pelajar dirasmikan oleh Guru Besar diiringi           penolong kanan Smk Jalan Apas.

10. KOS PENGELOLAAN
      
      Pendapatan:
      Sumbangan penyertaan:      : Rm3 x 50 peserta = rm150.00
      Sumbangan PIBG                : Rm 1000

      Perbelanjaan:
      Hadiah pemenang                : Rm 468.00
      Minuman                              : Rm 60.00
      Cenderamata                        : Rm 100.00
      Peralatan                              : Rm 200.00

      JUMLAH PERBELANJAAN : RM 828.00

11. KEPUTUSAN PERTANDINGAN
 KEPUTUSAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA KATEGORI 15,16 DAN 17 TAHUN

JOHAN            : SARINAH ABDUL MUIN (15), DIANSYAH (16), ALIK IBRAHIM (17)

NAIB JOHAN  : RAHAM ABDULLAH (15), SUZIANA YUSUF (16) FATIHAH YUNUS (17)

KETIGA           : SOFEA SOPITOL (15), ISMAIL HENRY (16), RIDWAN MUIN (17)

12. PENGHARGAAN  
Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 

1. Guru-guru Smk Jalan Apas yang terlibat
2. Guru besar dan Penolong Kanan Smk Jalan Apas
3. Pihak PIBG
4. Murid yang terlibat dalam acara pertandingan
 
Diatas segala sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam pertandingan Kitar Semula Kertas Smk Jalan Apas 2017.

13. KEKUATAN
      a. Kerjasama penuh daripada murid-murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan 
      b. Komitmen yang tinggi daripada guru-guru yang terlibat.
      
14. KELEMAHAN
      Kurang penyertaan daripada murid-murid Smk Jalan Apas

15. CADANGAN
Pertandingan ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang amalan kitar semula.

16 GAMBAR-GAMBAR SEMASA PERTANDINGAN (Lampiran 1 & 2)
     
     BUKU PROGRAM

     RESIT-RESIT KEWANGAN


Disediakan Oleh;                                                                                     Disahkan Oleh;

(Cik Aidah Nurhaybir)                                                                           (Encik Ezam Zaid)


Pengarah Program Pertandingan                                                  Pengetua Smk Jalan Apas
Kitar Semula