Khamis, 27 April 2017

BAHAN-BAHAN BERKAITAN KITAR SEMULA

KITAR SEMULA

DEFINISI

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. 

BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

IDEA KREATIF BARANG TERBUANG

Kreativiti kitar semula kali ini memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang di kitar semula menjadi satu barangan lain yang berbeza rupa dan fungsi. ianya dapat membantu pengurangan bahan buangan dan mengurangkan pembaziran penggunaan sumber semulajadi.

Idea kreatif yang boleh anda cuba sebagai sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda atau pun memberi ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna.





Melalui idea kreatif ini, barang terbuang seperti botol-botol plastik boleh diguna semula untuk dijadikan sebagai pasu untuk tanaman herba anda atau boleh juga dijadikan bekas serbaguna. Bentuk botol-botol ini yang mempunyai pemegang menjadikan ianya mudah untuk digantung. Idea kitar semula yang sungguh menarik dan mudah untuk anda lakukan. 








Cawan kertas ini banyak terbuang atau berlebihan. Jangan dibuang kerana anda boleh gunakan ia untuk di jadikan bekas biskut yang sangat menarik ssebagai ole-ole untuk rakan-rakan atau tetamu atau kanak-kanak. Mereka pasti menyukainya dan yang pasti anda juga tidak perlu membazir wang untuk membeli bekas baru bagi bungkusan-bungkusan tersebut.


DIYproject_resize


Bekas alat tulis daripada bahan terbuang.


CARA-CARA KITAR SEMULA BAHAN TIDAK TERPAKAI




Tiada ulasan:

Catat Ulasan