Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA 👀

KERTAS
➧ Semua jenis kertas yang tidak digunakan lagi seperti surat khabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalender, kad, sampul surat, dan kotak
KACA

➧ Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin, dan bekas kosmetik
LOGAM DAN PLASTIK


➧ Semua jenis barang aluminium dan plastik yang tidak digunakan lagi seperti tin-tin minuman dan makanan, beg plastik, botol air plastik, botol air mineral.
👉 Kitar semula berkait rapat dengan 3 perkataan iaitu REUSE, REDUCE, RECYCLE yang bermaaksud menggunakan semula, mengurangkan penggunaan dan megitar semula.
👉 Gambar menunjukkan tong sampah berwarna unik yang disediakan untuk pengurusan sampah lebih baik. Tong sampah berwarna biru khas untuk sampah jenis kertas manakala tong sampah berwarna coklat untuk sampah jenis kaca dan tong sampah berwarna jingga untuk sampah jenis logam dan plastik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan