"AKTIVITI KITAR SEMULA"
guna semula
penggunaan semula produk boleh didefinisikan sebagai menggunakan bahan terpakai dengan mengekalkan bentuk asalnya ataupun dengan mengubah bentuknya. bekas-bekas tersebut digunakan sebagai penggantian kepada pembelian produk baru secara tidak langsung aktiviti guna semula dapat menjimatkan kos pembelian
dengan menggunakan semula bahan terpakai, kita semua dapat mengurangkan penggunaan bahan asli. Contohnya, penebangan pokok untuk penghasilan kertas. selain itu, dapat mengurangkan pengekstrakan, pemprosesan dan pengankutan. apa yang penting ialah guna semula dapat mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida kepada atmosfera.
Cara kitar semula :
1. PEMUNGUTAN SAMPAH
😊 Memungut sampah dengan mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula. Sampah yang boleh dikitar semula bolehlah dibuang dalam tong sampah berwarna yang disediakan coklat, jingga dan biru dengan betul.
😊 Daripada membuang bahan-bahan yang lama dan tidak digunakan lebih baik digunakan semula yang mana yang boleh digunakan . sebagai contoh, botol air mineral boleh digunakan untuk menyimpan air masak ataupun boleh digunakan sebagai pasu bunga. kelebihannya dapat menjimatkan kos.
😊 Membeli bahan yang mesra pengguna ketika membeli belah. elakkan daripada membeli barang dengan pembungkus yang tidak mesra pengguna.
CONTOH DIY KITAR SEMULA
aktiviti kitar semula
BalasPadam